::FrIeNd'SPhENoMeNa::

TaK HiDuP deK puJI
Tak MaTi DeK KejI.

K=KhairulNizam
O=Outspoken
R=Responsive
E=Emotional
A=Ardour

"Don't walk in front of me, I may not follow.
Don't walk behind me, I may not lead.
Walk beside me and be my friend."

ni adalah komen kawan saya,Hilal Asyraf mengenai video2 politik.be open and think.bagi aku,aku setuju sangat2 apa yg dia cakap ni.
Komen matang macam ni baru masyarakat boleh terima. :D
Saya tengok orang komen video muslimat di 901. Saya tertawa.
Itu pun nak dijadikan isu. Seakan-akan isu itu besar sangat.

Sebagaimana saya tak setuju dengan sebar video ibu-ibu dan kakak-kakak saya yang pakai pakaian pink&merah untuk dipolitikkan, saya juga tak setuju jika nak dibesar-besarkan isu video muslimat di 901, kemudian melekatkan pula ianya dengan ketaksuban dan sebagainya.

Pada saya, kalau nak main politik ‘siapa dapat kumpul aib lawan paling banyak’, saya yakin teruk pihak UMNO kena nanti. Habis video-video keluarga yang tak tutup aurat terus diungkit contohnya. ^^

Pada saya, taktik politik childish macam ini, sangat memuakkan.
Fitnah-fitnah juga sama.
Maki-maki juga sama.
Kalau kemukakan error dalam pemerintahan, ada logiknya lagi.
Tapi serangan-serangan berbentuk peribadi ini(selagi peribadinya tak kacau hal ehwal negara macam dia songlap duit negara ke contohnya), tak payah la. Childish la.

Politik yang matang pada saya adalah apa yang dipersembahkan.
Manifesto-manifesto yang berjaya dibuktikan.
Menunjukkan progres-progres yang menggalakkan.
Kejayaan-kejayaan yang berjaya dicapai.
Bukan dengan ‘siapa dapat kumpul aib lawan paling banyak’.

Ini pandangan saya untuk kedua-dua belah pihak la. Asyik main video je kan. Asyik maki hamun sahaja. Asyik serang peribadi sahaja.

Berpolitiklah dengan akhlak.
Saya yakin Ustaz Fathul Bari ada ajar.
Saya yakin Tuk Guru Nik Aziz ada tekankan.
Percayalah cakap saya,
siapa angkat sesuatu itu dengan akhlak,
dia menang.
Serius.
Walaupun dia angkat benda tidak betul.

Apatah lagi kalau anda yakin anda di pihak yang benar,
pasti akhlak akan membantu untuk memenangkan anda.
————————————————————————————-
Tawanlah hati kami,
bukan kaburkan mata kami.
Wahai yang ingin menjadi pemimpin kami.
^^
-HILAL ASYRAF

Notes

  1. christa-wells reblogged this from debatersaina03
  2. debatersaina03 posted this
Comments
blog comments powered by Disqus